Kesibukan minggu pertama persekolahan sesi 2011 membuatkan guru-guru koperasi turun padang membantu dalam proses penjualan buku-buku dan alat tulis kepada pelajar. Memang tak menang tangan dibuatnya bila tiba waktu rehat! Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku jika para pelajar membeli keperluan mereka semasa cuti kerana koperasi telah mula beroperasi dari 27 Disember hingga 2 Januari yang lalu. Malangnya ramai pelajar suka bertangguh dan memilih untuk membeli di minggu pertama - ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut kerana masing-masing ingin berebut dalam waktu rehat yang singkat. Nasihat dari kami di koperasi - di masa akan datang, belilah semasa cuti dan beli barang mengikut pakej yang telah disediakan! Kebaikannya : anda tidak perlu bersesak-sesak sewaktu rehat dan P&P dapat berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment