--=Selamat Datang Ke Blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Berhad =--

Info Terkini



MAKLUMAN

Pihak KOSMEK mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Kerja-kerja pengemaskinian data sedang giat dijalankan untuk kemudahan pengunjung blog. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekurangan ini dan sedia menerima komen untuk tujuan penambahbaikan. Sekian, harap maklum. Terima Kasih

~~~~~~~~~~~



Pihak KOSMEK Berhad mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru SMK Sungai Besar dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid SMK Sungai Besar.

~~~~~~~~~~~



Kini anda boleh bersembang secara terus dengan kami di page Sembang Online atau layari - http://kosmek.chatango.com/

~~~~~~~~~~~







admin - Tak sabar rasanya nak ke sekolah ...

Friday 7 January 2011

ALK Turun Padang

Kesibukan minggu pertama persekolahan sesi 2011 membuatkan guru-guru koperasi turun padang membantu dalam proses penjualan buku-buku dan alat tulis kepada pelajar. Memang tak menang tangan dibuatnya bila tiba waktu rehat! Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku jika para pelajar membeli keperluan mereka semasa cuti kerana koperasi telah mula beroperasi dari 27 Disember hingga 2 Januari yang lalu. Malangnya ramai pelajar suka bertangguh dan memilih untuk membeli di minggu pertama - ini mengakibatkan keadaan kelam-kabut kerana masing-masing ingin berebut dalam waktu rehat yang singkat. Nasihat dari kami di koperasi - di masa akan datang, belilah semasa cuti dan beli barang mengikut pakej yang telah disediakan! Kebaikannya : anda tidak perlu bersesak-sesak sewaktu rehat dan P&P dapat berjalan dengan lancar.