--=Selamat Datang Ke Blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Berhad =--

Info Terkini



MAKLUMAN

Pihak KOSMEK mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Kerja-kerja pengemaskinian data sedang giat dijalankan untuk kemudahan pengunjung blog. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekurangan ini dan sedia menerima komen untuk tujuan penambahbaikan. Sekian, harap maklum. Terima Kasih

~~~~~~~~~~~



Pihak KOSMEK Berhad mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru SMK Sungai Besar dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid SMK Sungai Besar.

~~~~~~~~~~~



Kini anda boleh bersembang secara terus dengan kami di page Sembang Online atau layari - http://kosmek.chatango.com/

~~~~~~~~~~~







admin - Tak sabar rasanya nak ke sekolah ...

Tuesday 24 April 2012

Pertandingan Kapal Terbang Kertas, SMK Sungai Besar


Kapal Terbang Kertas

Terdapat empat kuasa yang menentukan samada kapal terbang boleh terbang :


1. Graviti – Untuk mempastikan kapal terbang meluncur, ianya mesti menghasilkan kuasa apungan yang lebih besar dari kuasa graviti


2. Apungan (lift) – Apungan terhasil dari pertukaran tekanan udara sekeliling sayap kapal terbang. Apabila tekanan udara di bawah sayap lebih besar dari berat kapal terbang, ia akan meluncur


3. Tarikan (drag) – Sebelum kapal terbang boleh meluncur, terjahan mestilah mengatasi tarikan dan apungan mengatasi berat. Pada penerbangan lurus, terjahan sama dengan tarikan dan apungan sama dengan berat. Untuk mendarat terjahan mesti dikurangkan dari tarikan dan apungan dikurangkan dari berat


4. Terjahan (thrust) – Enjin diperlukan untuk menghasilkan terjahan ke hadapan. Enjin kipas atau jet digunakan untuk menaikkan terjahan


Bagaimana Untuk Menerbangkan Kapal Terbang Kertas


1. Penerbangan Perlahan - Pegang kapal terbang pada kedudukan hadapan bahu. Baling kapal terbang ke hadapan dan sedikit ke bawah


2. Penerbangan Laju - Pegang kapal terbang pada kedudukan hadapan bahu untuk jarak dekat atau atas bahu untuk jarak jauh. Baling kapal terbang mendatar untuk jarak dekat dan sedikit ke atas untuk jarak lebih jauh


3 Penerbangan Tinggi – Baling kapal terbang ke atas sepenuh tenaga. Kapal terbang yang baik akan meluncur ke atas, mendatar dan meluncur ke bawah
Kategori Pertandingan Kapal Terbang Kertas :


A. Jarak Penerbangan Paling Jauh
B. Pendaratan Tepat Pada Sasaran
C. Masa Penerbangan Paling Lama
D. Penerbangan Paling Tinggi
E. Penerbangan Akrobatik
F. Model Kapal Terbang Yang Menarik



Banyak rupanya cara buat kapal terbang kertas ni. Kami pun tak pernah try semua cara lagi. Jom kita try sama-sama..:)

Lagi gambar…


Wednesday 18 April 2012

Jom sihatkan badan dengan bermain PETANQUE...

Unit Sukan dan Dokumentasi Koperasi SMK Sungai Besar Berhad akan mengadakan pertandingan petanque peringkat sekolah. 

Kepada yang berminat.. sila daftarkan pasukan anda di wall facebook KOSMEK  https://www.facebook.com/pages/Kosmek-Berhad/309966762370791  ini. 
Contoh :-

Nama Kumpulan : JOHAN MENANTI
1. Md Yusof Samdin
2. Mohd Yakup Thani
3. Mohd Ashari Saat

Contoh ahli pasukan tahun lepas....
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1632596674532&set=a.1632596554529.67646.1825138034&type=3&theater

Pendaftaran percuma.

Syarat pertandingan :-

1. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang ahli.
2. Pasukan perlu memakai baju yang sama warnanya.
3. Ahli pasukan mestilah sama jantina.
4. Tidak boleh menukar ahli pasukan sesuka hati.
5. Pertandingan akan diadakan di padang petanque SMK Sungai Besar.
6. Keputusan hakim adalah muktamad.. Sebarang bantahan hendaklah dilaporkan kepada ketua hakim.
7. Bermainlah secara sihat.

Tarikh pertandingan akan diberitahu kemudian...



   

 
Sekian, terima kasih...