--=Selamat Datang Ke Blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Berhad =--

Info Terkini



MAKLUMAN

Pihak KOSMEK mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Kerja-kerja pengemaskinian data sedang giat dijalankan untuk kemudahan pengunjung blog. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekurangan ini dan sedia menerima komen untuk tujuan penambahbaikan. Sekian, harap maklum. Terima Kasih

~~~~~~~~~~~



Pihak KOSMEK Berhad mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru SMK Sungai Besar dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid SMK Sungai Besar.

~~~~~~~~~~~



Kini anda boleh bersembang secara terus dengan kami di page Sembang Online atau layari - http://kosmek.chatango.com/

~~~~~~~~~~~







admin - Tak sabar rasanya nak ke sekolah ...

Soalan Lazim


1. Apakah itu koperasi?
  • Koperasi ialah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Koperasi 1993 dengan matlamat untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan berdasarkan prinsip-prinsip koperasi.
2. Apakah ciri-ciri koperasi?
  • Koperasi melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi bagi memenuhi keperluan anggota-anggotanya;
  • Koperasi bukannya berunsurkan politik. Anggotanya tidak boleh menggunakan koperasi sebagai tempat berpolitik;
  • Koperasi bukannya Kesatuan Pekerja (Trade Union). Konsep koperasi ialah tolong menolong antara satu sama lain, bukannya dengan cara berjuang menuntut hak-hak dari majikan;
  • Koperasi bukannya badan kebajikan;
  • Anggota-anggota koperasi mengurus dan mengawal perjalanan koperasi berdasarkan Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil Koperasi;
  • Syer dan yuran disumbangkan oleh anggota sebagai modal menjalankan perniagaan koperasi;
  • Setiap anggota mempunyai hak yang sama dalam membuat keputusan mengenai masa depan koperasi;
  • Liabiliti anggota adalah terhad kepada sumbangan modal dan atau yurannya sahaja;
  • Koperasi mengutamakan keperluan dan perkhidmatan kepada anggota terlebih dahulu daripada mencari keuntungan semata-mata.
3. Apakah Prinsip-prinsip Koperasi?


  • Keanggotaan sukarela dan terbuka;
  • Kawalan secara demokrasi oleh anggota;
  • Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi; 
  • Kebebasan autonomi;
  • Pendidikan, latihan dan maklumat;
  • Bekerjasama di antara koperasi-koperasi;
  • Prihatin terhadap komuniti


4. Apakah faedah koperasi kepada anda?


  • Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan ini anggota berhak menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
  • Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota-anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan,
  • Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

5. Apakah aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh koperasi?


Pelbagai kegiatan boleh dijalankan oleh koperasi. Matlamat koperasi ialah untuk memajukan taraf sosio-ekonomi anggota-anggotanya mengikut Prinsip-prinsip Koperasi.

Kini, koperasi-koperasi telah menceburi hampir keseluruhan bidang perniagaan seperti:-

  • Pengangkutan.
  • Kredit/ Perbankan;
  • Pengguna;
  • Pembangunan Tanah;
  • Perumahan; 
  • Perindustrian;
  • Perkhidmatan;
  • Insurans;





6. Apakah kelayakan untuk menjadi anggota sesebuah koperasi?

Untuk layak menjadi anggota sesuatu koperasi, seseorang individu mestilah:-

  • seorang warganegara;
  • telah mencapai umur lapan belas tahun atau; bagi koperasi sekolah telah mencapai umur dua belas tahun;
  • bermastautin atau bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi atau dalam hal koperasi sekolah ianya adalah seorang pelajar yang didaftarkan di sekolah tersebut.

7. Siapakah kuasa tertinggi dalam koperasi?

  • Berdasarkan kepada konsep koperasi itu ditubuhkan, koperasi adalah milik anggota. Melalui mesyuarat agung yang diadakan setiap tahun, anggota-anggota melantik Lembaga Koperasi dan Jawatankuasa Audit Dalaman untuk mengawal perjalanan koperasi seperti yang telah diamanahkan.

8. Siapakah yang menguruskan koperasi?

  • Pengurusan koperasi dikendalikan oleh Lembaga yang telah dilantik oleh anggota-anggota koperasi pada mesyuarat agungnya. Lembaga ini melantik di antara mereka seorang Pengerusi, seorang Setiausaha dan seorang Bendahari atau Pengurus serta beberapa Jawatankuasa Kecil yang boleh membantu Lembaga dalam mengendalikan aktiviti koperasi. Lembaga Koperasi bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan mesyuarat agung.
  • Lembaga mengadakan mesyuarat bulanan untuk membincangkan urusan perniagaan dan aktiviti koperasi seperti permohonan menjadi anggota, permohonan pinjaman, pelaburan, meluluskan penyata bulanan dan Laporan Jawatankuasa Kecil.

9. Apakah tanggungjawab Jawatankuasa Audit Dalaman?

  • Jawatankuasa Audit Dalaman yang dilantik oleh mesyuarat agung bertanggungjawab untuk menentukan hal-ehwal koperasi dijalankan mengikut matlamat, peruntukan Undang-Undang Kecil dan ketetapan-ketetapan yang dibuat di mesyuarat agung;
  • Jawatankuasa ini mengemukakan laporan tentang pengurusan dan hal-ehwal koperasi di dalam mesyuarat agung.