--=Selamat Datang Ke Blog Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar Berhad =--

Info Terkini



MAKLUMAN

Pihak KOSMEK mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini. Blog ini masih lagi dalam proses pembinaan. Kerja-kerja pengemaskinian data sedang giat dijalankan untuk kemudahan pengunjung blog. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas kekurangan ini dan sedia menerima komen untuk tujuan penambahbaikan. Sekian, harap maklum. Terima Kasih

~~~~~~~~~~~



Pihak KOSMEK Berhad mengucapkan selamat kembali bertugas kepada guru-guru SMK Sungai Besar dan selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid SMK Sungai Besar.

~~~~~~~~~~~



Kini anda boleh bersembang secara terus dengan kami di page Sembang Online atau layari - http://kosmek.chatango.com/

~~~~~~~~~~~







admin - Tak sabar rasanya nak ke sekolah ...

Thursday 15 December 2011

PEMBANGUNAN KOPERASI SEKOLAH

Bermula tahun 2002, ANGKASA khasnya Jawatankuasa Bahagian Pendidikan, Penerbitan, Perkhidmatan dan Penyelidikan (B4P) telah menubuhkan unit baru di bahagian tersebut, dalam usaha memantapkan pergerakan koperasi sekolah di Malaysia. Unit ini dinamakan Unit Pembangunan Institusi Pendidikan.
Objektif utama adalah memastikan pergerakan koperasi sekolah menjalankan kegiatan mengikut matlamat penubuhannya dan prinsip berkoperasi. Oleh yang demikian, pelbagai kegiatan telah dikenal pasti bagi memberi pendedahan ilmu berkoperasi, pengurusan dan kegiatan perniagaan kepada Pengerusi, Guru Koperasi dan para pelajar. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa B4P, isu-isu berkaitan koperasi sekolah sentiasa dibincangkan dan seterusnya dijadikan dasar untuk dilaksanakan.
Bagi mencapai matlamat ini, unit ini sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pembangunan Koperasi. Antara langkah yang telah diambil adalah mengelolakan kursus khas, seminar dan acara sambutan Hari Koperasi Sekolah (HKS) di samping mengendalikan kursus-kursus berdasarkan modul B4P sedia ada.

No comments:

Post a Comment